Petua Tradisional

Hello!

As a friendly reminder, this is an unofficial blog of mine. Since this is part of computer and processing information project, iols nak share tentang petua tradisional dengan uols. Semoga bermanfaat.

1. Petua mengatasi masalah jerawat
Jerawat antara masalah paling biasa yang dialami oleh remaja, terutamanya perempuan. Salah satu petua untuk menghilangkan jerawat adalah dengan menggunakan limau nipis. Cara menggunakan limau nipis adalah:

Bersihkan wajah anda dengan air. kemudian hiriskan limau dan sapukan pada wajah anda.biarkan sekejap selamat 1 hingga 2 minit. Setelah kering, bilaskan wajah anda dengan air sejuk sebelum lap dengan tuala bersih. Amalkan 2 kali seminggu untuk menghidari wajah dari berjerawat. 

2. Petua Bibir Merah 
Bukan semua orang yang memiliki bibir yang merah walaupun tidak menggunakan gincu, lazimnya mereka yang memiliki bibir merah bak delima ini mempunyai pigmen berkulit putih, tidak seperti kebanyakka orang Asia yang memiliki kulit sawo matang atau gelap. Terdapat satu petua yang sangat mudah yang boleh diamalkan ialah:


Sapukan madu pada bibir sebelum tidur dan dibiarkan semalaman. Amalkan setiap hari untuk melihat perubahannya. 

3. Petua Melicinkan Kulit
Semua orang mengidamkan kulit yang licin dan halus bak sehalus kulit bayi. Ramai wanita yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk memiliki kulit wajah yang licin. Namun bukan semua produk kecantikan yang sesuai dengan kulit wajah kita. Satu cara mudah untuk memiliki kulit wajah yang licin adalah dengan menggunakan tomato.


Ambil sebiji tomato yang telah masak. Bersihkan tomato terlebih dahulu sebelum hiriskan tomato kepada 2 bahagian. Sapukan sebahagian tomato pada muka dan biarkan selama beberapa minit sehingga kering. Setelah kering, bilaskan muka dengan air dan lapkan dengan tuala yang kering. Makan mentah atau buatkan sebahagian tomato tadi sebagai jus untuk diminum. Amalkan dan lihat perbezaan dalam masa 2 minggu. 

4. Petua untuk mengurangkan berat badan
Selain daripada untuk menghilangkan jerawat, limau nipis juga digunakan untuk mengurangkan berat badan. Caranya ialah:



Sediakan 2 biji limau nipis dan perahkan airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Ianya boleh dijadikan sebagai minuman selepas menikmati makan tengah hari mahupun makan malam. Air limau nipis juga boleh diikuti dengan senaman ringan.

5. Petua untuk menghilangkan bintik hitam/putih
Bintik hitam mahupun putih juga merupakan masalah yang sering dialami oleh perempuan. Salah satu cara mudah untuk menghilangkan bintik hitam/putih adalah dengan menggunakan putih telur ayam. Caranya ialah:


Pecahkan sebiji telur dan asingkan kuning dan putih terlur. Ambil sebahagian kecil tisu muka, celupkan didalam putih telur. Kemudian letakkan tisu yang bersalut putih telur pada kawasan hidung yang memiliki masalah bintik hitam. Biarkan sehingga kering. Tanggalkan tisu tersebut dan bilas muka dengan air. Amalkan 2 kali seminggu.

6. Petua menghilangkan batuk
Buah lemon sangat sesuai untuk menghilangkan batuk selain daripada membeli ubat batuk di farmasi ataupun di klinik. Terdapat beberapa khasiat yang dimiliki oleh buah lemon, anataranya ialah berkesan dalam menghilangkan batuk. Caranya ialah:

Sediahkan sebiji buah lemon dan bersihkan. Perahkan jus lemon dalam gelas dan tambahkan sesudu madu dalam jus tersebut.Gaul hingga garam larut. Minum jus lemon tersebut sekali gus. 

7. Petua mengupas bawang merah
Setiap kali mengupas dan menghiris bawang merah, mata kita akan berasa pedih. Untuk mengelakkan mata pedih,


Rendamkan bawang merah dalam air garam dan biarkan selama sepuluh minit. Kemudian, barulah kupas dan hiris bawang tersebut.


8. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata
Masalah ini sering berlaku kepada pelajar-pelajar universiti/kolej yang belajar sehingga larut malam dan tidak mempunyai tidur yang mencukupi. Untuk mengurangkan kesan hitam pada bawah mata:




Ambilkan sedikit minyak sapi dan sapukan pada mata bermula dari kanan ke kiri. Biarkan selama 10-15 minit, dan kemudian bilas muka dengan air. Lakukannya setiap malam sebelum tidur. 

9. Petua hilangkan perut kembung
Halia buakn sahaja digunakan dalam masakan bahkan juga digunakan untuk mengatasi masalah perut kembung. Caranya:



Ambil sebuku halia yang sederhana besar, bersihkan dan tumbukan halia tersebut tapi jangan sampai lumat. Masukkan halia tersebut ke dalam gelas dan tuangkan air panas setengah gelas. Tutup permukaan gelas dengan piring dan biarkan selama 10 minit, tapis dan minum. 

10. Petua gigi putih berseri
Untuk mendapatkan gigi yang putih berseri,

Ambil sebiji pinang dan bakar sehingga hangus. Kemudian, tumbukkan pinang tadi sehingga ia menjadi habuk. Campurkan pinang tersebut dengan sedikit garam dan gosokkan ia pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.

Itulah dia serba sedikit petua tradisional yang iols dapat kongsikan dengan uols. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua!